Monday, October 20, 2008

Warkah buat Eizat


Assalamu'alaikum. Adikku, berusahalah supaya menjadi anak soleh yang membahagiakan ibu-bapa di dunia mahupun di akhirat. Hidup sebagi remaja hnya akan ditempuhi sekali sahaja dalam sumur hidup. Oleh itu, janganlah mensia-siakannya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Menjadi dewasa sebagai remaja bukan bermakna bebas melakukan apa saja yang diinginkan hati, bak kata orang tua 'ikut hati mati, ikut rasa binasa', jadi gunakanlah akal yang Allah kurniakan sebaik-baiknya. Hidup ini indah lagi manis, lagi indah jika kita mengikuti Jalan yang telah Allah tentukan. Isikanlah masa remaja dengan iman dan Taqwa kepada Allah S.A.W. Jadi anak yang soleh bukan untuk ibu-bapa sahaja tetapi untuk dirimu jugak dik.Ingatlah cita-cita itu penting dari cinta, biarlah cinta kita untuk Allah dan rasulnya. Usia remaja adalah tempoh usia muda yang banyak liku-liku perjalanan panjang, penuh cabaran dan banyak menuntut kesabaran dan ketelitian. Akhir Kalam Jika inginkan kebahagian dan ketenangan dalam hidup ini, hiduplah dalam keredhaan ibunda dan ayahnda dik. Redha Allah S.W.T adalah tergantung atas redha ibunda dan ayahnda. Selamat hari Lahir yang ke-13 Eizat.
p/S: pesanan ini jugak ditujukan buat adik2 ku, adik2 mentee,murid2 ku dan sesiapa sahaja yang sedang meningkat remaja

1 comment:

Nadirah Abdul Raes said...

salam abg bakhtiar...nad ni kategori remaja lg kan???heheheh