Tuesday, October 14, 2008

Hari ke dua PMR

Assalamualaikum. Hari nie dah masuk hari kedua Penilaian Menegah rendah PMR. Pergh..teringat zaman gua dulu-dulu beb. seksa beb. berdebar2 tiap2 kali masuk dewan st Joseph tu.dah la pengawas garang. kita dalam hidup nie macam2 peperiksaan yang kita akan lalui. UPSR adalah yang pertamanya. lepastu PMR la pulak pas tu SPM. aku ingat lagi kata cikgu sekolah rendah aku dulu UPSR adalah jambatan pertama yang kami akan lalui kemudiannya banyak lagi jambatn2 lain yng akan kami lalui. huh sampai kiter tua pun kita akan menduduki peperiksaan. tu yang formal. tak masuklagi ujian dan dugaan hidup. ha pas abes sekolah, peperiksaan kat universiti lagi, lagila mencabar rasa macam spm setiap hari. dah kerja pun ada exam lagi, exam penilaian tahap kecekapan la pulak.macam2 ada beb. Pendek kata kita nie akan sentiasa menghadapi ujian. jadi bersiap2 siap la kita. bak kata pepatah orang melayu Sediakan Payung Sebelum hujan. jangan buat preparation last minute kang dah terhantuk baru tergadah. ceh skema la pulak.Apa-apapun kepada adik-adik, murid-murid dan rakan-rakan yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan. semoga berjaya dengan cemerlang dan gemilang. ingatlah kajayaan dan kecermelangan adalah hak milik setiap insan.

No comments: