Monday, October 11, 2010

Guru membunuh minat pelajar dalam kegiatan Luar??


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, sudah agak lama saya tidak menulis di blog saya ini dek kesibukkan kerja. pada 15 hingga 17 haribulan ini pengakap daerah Bekenu akan mengadakan perkhemahan Daerah 2010 buat pertama kalinya. Sekolah kami tidak ketinggalan untuk menghantar peserta ke perkhemahan tersebut, malang bagi saya kerana tidak dapat memberi peluang yang banyak kepada pelajar-pelajar saya kerana saya hanya dibenarkan membawa 4 orang pelajar sahaja dek tidak ada guru yang sanggup mengiring pelajar-pelajar saya. Saya terfikir sejenak,kenapa ditubuhkan persatuan disekolah kalau tidak ada guru yang sanggup mengiring pelajar2nya untuk kegiatan luar. Sedih hati ini apabila saya terpaksa memulangkan wang yuran penyertaan kepada pelajar saya dan menyatakan anda tidak dapat mengikuti perkhemahan. Kalaulah saya ni boleh buat kage bunshin macam dalam Naruto tu kan best. Pernah seorang guru kat sekolah saya menyatakan, 'sekarang kau bolehlah kau bujang lagi, tengoklah nanti kalau dah kawin...'Frasa diatas seolah-olah membunuh semangat saya, sebagai guru senior dia sepatutnya memberikan galakan dan sokongan bukan kata-kata bernada sindiran. Semasa temuduga dulu bukan main lagi bakal-bakal guru ni, nah ketika sidah bergelar pendidik kata-kata tersebut hanya omongan kosong semata-mata. Bukankah kanak-kanak hari ini pemimpin masa depan. Melalui aktiviti luar dan lasak ini lah kita dapat melahirkan pemimpin berwibawa masa hadapan dan bukan pemimpin yang hanya beromongan kosong sahaja. Moga-moga semangatku dalam Pengakap ini tidak akan luntur dan tetap gah walaupun diuja dengan seribu macam ujian.

Friday, January 22, 2010

Selamat Jalan IPGM Sarawak Miri

Huh..Tak sangka aku dah pun mengharungi setahun latihan perguruan di IPGM, banyak suka duka yang telah aku harungi di IPGM miri. Kepada semua rakan seperjuangan, selamat bertugas di tempat kalian. Moga-moga usaha kita untuk mendidik dan memimpin anak bangsa kita diberkati dan diredhai Tuhan yang maha kuasa. Kini aku bergelar seorang guru terlatih di SK Merbau Miri. Setiap kali ku tatap wajah anak-anak muridku, semakin berkobar-kobar semangatku untuk mendidik mereka menjadi insan berguna satu hari kelak.Segala Ilmu yang telah ku pelajari di IPGM akanku gunakan sepenuhnya untuk mendidik mereka. Salam perkenalan kepada semua guru dan pelajar di SK Merbau Miri. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan semoga berjaya mendapat 8 A dalam PMR kepada sepupu sedarahku yang amat aku sayangi Mohd Izzat Hishamuddin yang kini belajar di SMK Agama Miri, jangan nakal2 k...